Bengkel Dan Sembang Santai Miv Bersama Komuniti 2020
6 September 2020 | Aktiviti TerkiniPada 05 September 2020, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengadakan satu bengkel Sukarelawan ICT Malaysia (MIV) dengan Komuniti 2020 untuk menyokong kempen “Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong”. Bengkel dalam talian ini dijalankan melalui platform aplikasi Microsoft Teams yang dihadiri seramai 3000 orang sukarelawan di seluruh Malaysia. Setiap Pusat Internet perlu menghantar 4 orang sukarelawan dan mereka perlu menyertai bengkel ini dari capaian internet di Pusat Internet terdekat pada waktu dan hari tersebut.
Kempen ini adalah lanjutan dari usaha kerajaan untuk memerangi berita palsu dan menekankan nilai-nilai tanggungjawab serta tingkah laku individu dalam memerangi penularan berita palsu. Sukarelawan MIV akan menjadi penggerak utama sebagai agen perubahan atau duta untuk mendidik dan berkongsi mesej utama kepada komuniti masing-masing. Mereka diberi satu tempoh masa sekitar 6 hingga 8 minggu, di mana tugas mereka adalah menyebarkan mesej melalui media platform online secara harian.
Selain itu, peranan sukarelawan MIV adalah untuk mempromosikan nilai positif yang harus diamalkan oleh pengguna internet seperti “Bijak Menilai”, “Beringat bila Bercakap”, “Bercakap Benar”, dan menggalakkan kepada masyarakat untuk memeriksa dahulu kebenaran sesebuah berita dengan merujuk kepada laman sesawang Sebenarnya.my.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: